GUNA minyak pelincir sintetik sepenuhnya.

Minyak pelincir ‘perbatuan tinggi’ mendakwa ia menjimatkan dan hanya perlu ditukar selepas satu tempoh yang lama. Baguskah minyak pelincir begitu dan cukup upayakah ia melindungi enjin kereta saya?

INGIN TAHU

Jementah, Johor

Minyak pelincir perbatuan tinggi yang didakwa sudah diolah dengan pakej tambahan menjadikannya lebih bagus bagi pelinciran serta mencegah karat.

Ia juga dikatakan sudah diformulasi dengan ejen pemulih yang boleh memperbaiki semula pengedap minyak kembali.

Bagi penjagaan enjin yang optimum, anda harus guna minyak enjin berkualiti tinggi untuk perlindungan dan kebersihan dari awal.

Anda tidak akan memerlukan minyak yang lebih baik apabila perbatuan enjin anda meningkat. Namun, minyak pelincir yang mampu memberikan semua ciri itu adalah sintetik.

Namun, tidak semua minyak pelincir sintetik sama. Ciri minyak pelincir sintetik yang mempunyai pakej tambahan direka untuk penukaran bahan itu lebih panjang.

Ini menjamin anda menerima perlindungan yang maksimum dan kebersihan unggul tanpa mengira perbatuan kenderaan.

Gunakan minyak sintetik berkualiti tinggi sejak kereta anda masih baru.

Jika memandu kereta terpakai, anda perlu menggunakan minyak sintetik jenis yang sama untuk perlindungan maksimum.

Jangan bayar lebih untuk sesuatu yang dipanggil minyak ‘perbatuan tinggi’ kerana ia mungkin tidak sesuai untuk kereta anda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 5:01 AM