TINKOFF bakal jadi pencabar utama.
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pasukan berstatus World Tour, Tinkoff menjanjikan saingan sengit apabila membariskan pelumba terkuat untuk mengharungi Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula dua minggu lagi.

Juara Eropah 2015 dalam kategori Bawah 23, Erik Baska serta Michael Kolar menjadi sandaran untuk menggegar pada edisi ke-21 dengan bantuan dua pelumba veteran Pavel Brutt, 34, dan Evgeny Petrov, 37.

“Saya sudah tidak sabar untuk menyertai LTdL. Jelajah Dubai minggu lalu adalah perlumbaan profesional pertama saya selepas menimba pengalaman pada kem latihan pusat di Kepulauan Canary.

“Saya dimaklumkan LTdL perlumbaan yang hebat untuk pakar pecut seperti saya,” kata pelumba dari Slovakia itu.

Kehadiran Baska pastinya menjanjikan saingan sengit kepada pakar pecut Astana Andrea Guardini yang juga pemenang peringkat terbanyak LTdL sebanyak 18 kali.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 5:30 AM