Churhat, India: Seorang wanita berusia 30 tahun memotong kemaluan adik iparnya dan kemudian membawa zakar yang dipotong itu ke balai polis selepas tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan menggodanya untuk hubungan seks.

Menurut polis di Churhat, Madhya Pradesh, wanita itu, Vimlesh Koul, 30, datang ke balai polis menyerah diri pagi semalam, dengan membawa zakar mangsa yang dipotong bersama tiga anaknya dan memberitahu polis, hanya itu cara menghalang ‘serangan’ adik iparnya.

Wanita itu tinggal bersama keluarga mentuanya, termasuk adik iparnya yang berusia 22 tahun itu kerana suaminya bekerja sebagai buruh di Nashik, Maharashtra, yang jauhnya ratusan batu.

Vimlesh mendakwa adik iparnya berulang kali cuba memaksanya melakukan hubungan seks dan kira-kira jam 4.30 pagi semalam, apabila lelaki berkenaan sekali lagi mencuba, wanita itu memotong zakarnya dengan sabit sebelum dia ke balai polis pada 8.30 pagi.

Polis kemudian menemui mayat adik iparnya yang menggantung diri pada pokok dekat rumah mereka dan wanita itu menyiasat kes berkenaan sebagai cubaan membunuh oleh wanita itu. - Hindustan Times

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 10:09 PM