HAMIDIN (tengah) dan Bernhardt (kiri) selepas mesyuaratantara FAM dan MSN. FOTO Osman Adnan
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju melantik bekas jurulatih Kuantan FA, Aminuddin Hussin sebagai penolong jurulatih Skuad Projek Sukan SEA 2017.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat bersama wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) serta jurulatih pasukan, Frank Bernhardt, hari ini.

Bernhardt yang ditemui pemberita berkata, pemilihan Aminuddin dibuat berdasarkan pengalamannya bersama skuad Harimau Muda C sebelum ini.

Aminuddin mengetepikan calon lain iaitu P Maniam, Reduan Abdullah dan Azlan Johar yang turut diuji dalam sesi pemilihan bulan lalu.

Selain itu bekas jurulatih penjaga gol kebangsaan, Megat Amir Faisal turut dilantik untuk membantu pasukan.

Skuad Projek Sukan SEA 2017 yang membabitkan pemain bawah 22 tahun mempunyai misi besar untuk memenangi pingat emas di temasya dwi tahunan itu di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 12:10 PM