MAT Daud. FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my


Permaisuri: Imam Masjid Kampung Langkap dekat sini, maut apabila basikal ditunggangnya dilanggar bas ekspres di Kilometer 53 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, 5.50 pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika imam berkenaan, Mat Daud Awang Ahmad, 84, dari Kampung Sungai Pinang, Chalok, di sini, dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan yang terletak tidak jauh dari kediamannya.

Dalam kejadian 5.50 pagi itu, Mat Daud yang mengayuh basikal dikatakan dilanggar bas ekspres yang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Setiu,Deputi Superintendan Elias Abu Bakar berkata, sejurus dilanggar, mangsa dikatakan tercampak ke bahu sebelah kiri jalan dan meninggal dunia ditempat kejadian,

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Permaisuri untuk tindakan lanjut dan doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan punca kematian disebabkan parah di bahagian badan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 7:30 PM