JOHOR BAHRU 24 November 2014. Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri KHAZALI tengah) dan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Johor Datuk Ramli Johari menunjukan rokok yang dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor. FOTO Mohd Azren Jamaludin



Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
am@hmetro.com.my


Johor Bahru: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan kes penyeludupan rokok jenama Modeng dengan merampas 986,000 bungkus rokok putih itu di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini, yang membabitkan nilai dan cukai RM11.51 juta, Sabtu lalu.

Kesemua rokok itu dirampas bersama dua kontena yang dibawa masuk melalui perairan Singapura ke negara ini.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, kejayaan rampasan itu adalah yang terbesar di negeri Johor bagi tahun ini.

Menurutnya, rampasan itu berjaya dilakukan selepas membuat semakan ke atas daftar muatan masuk oleh sebuah kapal di pejabat Pihak Berkuasa Zon Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini.

"Hasil semakan mendapati kontena ini diimport oleh sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru," katanya dalam sidang media di Menara Kastam di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 12:27 PM