OTHMAN (dua dari kiri) bersama isteri dan dua orang anak perempuan ketika ditemui.
Oleh Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Mi segera dijadikan lauk dan kuah yang dimakan bersama nasi. Itulah juadah ‘istimewa’ buat empat beranak setiap kali waktu makan sejak hampir dua tahun lalu kerana kesempitan hidup yang mereka alami.

Bagi Othman Md Hassan, 76, yang tinggal di Flat Taman Kota Permai, di sini, bersama isteri dan dua anaknya, dia terpaksa berjimat dan menjamah apa saja rezeki yang ada dengan menjadikan mi segera sebagai makanan ruji mereka sekeluarga hampir setiap hari.

Dia tidak mampu menyara keluarganya selepas menghidap penyakit jantung dua tahun lalu manakala isterinya, Malikah Cholil, 34, pula buta selepas melahirkan anak kedua mereka 11 tahun lalu.

Sebagai ketua keluarga, Othman berkata, dia yang bekerja sebagai pemandu lori ketika masih sihat menjalankan perniagaan menjual air minuman secara kecil-kecilan bagi menyara isteri dan dua anaknya berusia 11 dan 13 tahun yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, selepas diserang penyakit jantung, dia tidak mampu lagi mengusahakan perniagaannya itu, apatah lagi kudratnya yang semakin lemah serta perlu kerap berulang-alik ke hospital pada setiap bulan bagi mendapatkan rawatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 6:48 AM