KEPUASAN tergambar pada wajah pelajar selepas berjaya menyempurnakan tugasan.

Pelajar Sijil Animasi 2D, Kolej Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Selangor memperoleh pengalaman pembelajaran berbeza apabila mengadakan aktiviti amali lukisan di luar kelas di Pantai Baru Morib, baru-baru ini.

Mereka turut menganjurkan aktiviti kesukarelawanan dengan melukis mural 3D bertema alam sekitar di tandas awam Pantai Baru Morib.

Pengarah KKKL Zainah Rujihan berkata, program itu bermatlamat memberi pengetahuan dan kemahiran serta meningkatkan kreativiti peserta.

“Ia juga sebahagian usaha KKKL memberi pengalaman pembelajaran berbeza kepada pelajar supaya lebih fokus selain menyemai tanggung­jawab kepada masyarakat melalui khidmat kesukarelawanan yang dilakukan di bawah Pasukan Bridged Sukarelawan (BriSK) Kolej Komuniti.

“Ini dapat memberi galakan dan melahirkan semangat berpasukan di samping menyemai nilai positif pada peringkat awal,” katanya.

Program dijalankan dengan kerjasama u Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), iM4U dan Syarikat ATKC.

MDKL terlebih dulu membaik pulih tandas awam itu sebelum pelajar KKKL melukis dan mewarnai mural.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 5:01 AM