Anggota penguatkuasa JPJ memeriksa dokumen penunggang motosikal ketika pperasi khas sempena Tahun Baru Cina di susur Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM
Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sebanyak 81 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dalam operasi di Jalan Skudai-Johor Bahru berhadapan Pekan Rabu dan Stesen Penguatkuasa JPJ Kesang Muar malam tadi.

Pengarah JPJ Johor Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, daripada jumlah itu, 69 adalah notis JPJ (P) 22 iaitu kesalahan tiada cukai jalan dan lesen tamat tempoh dan 16 notis PG1 iaitu kesalahan arahan pemeriksaan kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, operasi penguatkuasaan khas bersepadu itu dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

"Seramai 50 pegawai dan anggota pelbagai agensi terbabit dalam operasi berkenaan yang bermula pada 8 hingga 12 tengah malam bertujuan mengurangkan kadar kemalangan.

“PDRM mengeluarkan enam saman manakala melalui program advokasi JKJR, empat topi keledar penunggang motosikal yang tidak menepati piawaian keselamatan ditukar dengan yang baru," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 10:58 AM