PERMUKAAN injap yang haus menyukar menghidupkan enjin.
Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM
skrudanspanar@gmail.com


Saya mempunyai dua masalah berhubung Proton Wira 1.5 sedan keluaran 1999.

Masalah yang dihadapi adalah enjin sukar dihidupkan ketika panas dan lampu amaran enjin sentiasa bernyala.

MUHAMAD, Kedah

Mungkin faktor umur enjin. Bila kali terakhir anda melaraskan injap?

Kelegaan ruang antara aci sesondol sudah tidak rapat dan menyebabkan injap gagal tertutup akibat berlaku kebocoran mampatan sekali gus menyukarkan enjin dihidupkan.

Permukaan injap juga mungkin sudah haus dan tidak tertutup rapat, ia perlu digosok atau kadangkala dipanggil ‘grenbal’.

Sementara itu, lampu amaran itu menunjukkan tekanan minyak pelincir kereta anda adalah rendah. Namun, ia mungkin bernyala sekiranya wayar tercabut.

Cari wayar pengesan minyak yang terletak di tepi enjin. Sentuh wayar pada pembumi kereta. Jika lampu terpadam, ia bermakna pendawaian adalah baik.

Cuba pula menukar pengesan minyak itu dan periksa lampu berkenaan. Jika masih tidak terpadam, ini bermakna tekanan minyak adalah rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 5:00 AM