FOTO Shamsudin Husin
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Kemaman: Harimau belang mati dilanggar MPV di Kilometer 321.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), di sini, kira-kira 1 pagi ini.

Haiwan itu dikatakan melintas lebuh raya sebelum dilanggar MPV yang dipandu lelaki berusia lingkungan 40-an.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Terengganu, Superintendan Kamaluddin Mohamad, berkata harimau berkenaan mati serta-merta di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu dan tiga penumpang kenderaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tidak cedera dan MPV berkenaan rosak di bahagian hadapannya.

"Bangkai harimau kemudiannya diserahkan ke Jabatan PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Februari 2016 @ 11:26 AM