SUAREZ (kiri) ledak empat gol.
AFP

Barcelona: Luis Suarez meledak empat gol manakala Lionel Messi menjaringkan hatrik ketika Barcelona menambah derita pengurus Valencia Gary Neville menerusi kemenangan 7-0 pada perlawanan pertama separuh akhir Copa del Rey, semalam.

Dua gol dalam tempoh 12 minit pertama menerusi Suarez membolehkan Barca menguasai perlawanan sebelum Messi menghasilkan gol ketiga.

Neymar hampir menambah kelebihan tetapi penalti yang diambilnya terkena palang. Barca dianugerahkan dengan penalti selepas Shkodran Mustafi menjatuhkan Messi.

Begitupun, Messi dan Suarez masing-masing menambah dua lagi gol selepas rehat sekali gus menjadikan pertemuan kedua di Mestalla nanti sebagai pelengkap jadual semata-mata.

“Ini antara aksi terbaik kami sepanjang musim ini,” kata Suarez.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2016 @ 6:12 AM