Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, pagi tadi. FOTO Amran Hamid
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

Alor Setar: ADUN Bakar Bata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah Menteri Besar Kedah ke-12 di hadapan pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, 10 pagi tadi.

Ahmad Bashah,66, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dilantik sebagai Menteri Besar Baharu selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan semalam.

Turut hadir Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Kemelut politik kedah sejak dua minggu lalu bermula selepas 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah diketuai Ahmad Bashah menyatakan pendirian hilang kepercayaan kepada Mukhriz.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 10:47 AM