Dalam pada dua bekas anggota KARA iaitu Seungyeon dan Goo Hara terus dikritik peminat kerana menceburi bidang lakonan, lain pula nasib Gyuri.

Peminat menyokong keputusan Gyuri untuk lebih pada lakonan berbanding nyanyian.

Ramai menyifatkan Gyuri lebih sesuai memahat nama sebagai pelakon kerana dia memiliki pakej lengkap dan berbakat besar.

“Dia ada potensi sebagai pelakon. Biarpun masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki, mutu lakonannya tidak mengecewakan.

“Pendek kata dia paling bagus dalam kumpulan KARA,” kata peminatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 8:55 AM