Mesin ATM yang dipecahkan penjenayah. FOTO Nooazura Abdul Rahman
Oleh Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Cubaan tiga lelaki melarikan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank di bandar ini pagi tadi gagal selepas penggera bank berkenaan berbunyi.

Dalam kejadian 5.39 pagi itu, suspek hanya sempat memecahkan panel kawalan ATM sebelum penggera berbunyi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, sejurus itu suspek bertindak melarikan diri.

"Polis yang menerima maklumat segera ke tempat kejadian.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal memecahkan peti simpanan duit. Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 1:53 PM