Samsung kini tampil dengan peranti mudah alih ‘selfie’ Siri Galaxy A (2016) bersama sistem cang–gih termasuk Penstabilan Imej Optik (OIS) pada kamera hadapan untuk mengelak imej kabur, serta lensa F1.9 untuk kamera depan dan belakang bagi membolehkan pengguna mengambil gambar optimum dalam persekitaran yang kurang pencahayaan.

Menggabungkan logam dan kaca untuk mencipta reka bentuk premium yang indah harmoni, Siri Galaxy A ini akan memberikan pengalaman menonton unggul melalui saiz skrin lebih besar, bezel 2.7mm dan digabungkan dengan hayat bateri tahan lebih lama.

Ia dimuatkan dengan kad mikroSD 32G dan mampu menyimpan sehingga 16,000 gambar selfie dan video definisi tinggi tanpa perlu sentiasa membuang gambar lama.

Didatangkan dalam tiga varian berbeza, A7 yang berukuran 5.5 inci, A5 (5.2 inci) dan A3 (4.7 inci) dijual bermula pada harga RM1,899, RM1,599 dan RM1,299 (termasuk GST) serta empat warna berbeza iaitu hitam, emas, putih dan emas merah jambu.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GALAXY A5 (2016)

Harga: RM1,599

Rangkaian: LTE Cat.6

Paparan: 5.2 inci FHD (1920x1080) Super AMOLED

Pemprosesan: 1.6GHz Octa Core

OS: Android 5.1 Lollipop

Kamera: 13MP OIS (F1.9), Depan: 5MP (F1.9)

RAM: 2GB

Storan: 16GB, slot kad mikroSD hingga 128GB

Dimensi: 144.8 x 71 x 7.3mm

Berat: 155g

Bateri: 2900mAh, Fast Charging

SAMSUNG GALAXY A7 (2016)

Harga: RM1,899

Rangkaian: LTE Cat.6

Paparan: 5.5 inci FHD (1920x1080) Super AMOLED

Pemprosesan: 1.6GHz Octa Core

OS: Android 5.1 Lollipop

Kamera: 13MP OIS (F1.9), Depan: 5MP (F1.9)

RAM: 3GB

Storan: 16GB, slot kad mikroSD hingga 128GB

Dimensi: 151.5 x 74.1 x 7.3mm

Berat: 172g

Bateri: 3300mAh, Fast Charging

SAMSUNG GALAXY A3 (2016)

Harga: RM1,299

Rangkaian: LTE Cat.4

Paparan: 4.7 inci HD (1280x720) Super AMOLED

Pemprosesan: 1.5GHz Quad Core

OS: Android 5.1 Lollipop

Kamera: 13MP OIS (F1.9), Depan: 5MP (F1.9)

RAM: 1.5GB

Storan: 16GB, slot kad mikroSD hingga 128GB

Dimensi: 134.5 x 65.2 x 7.3mm

Berat: 132g

Bateri: 2300mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 5:06 AM