KENDERAAN membawa Tunku Sallehuddin tiba di Wisma Darul Aman. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Alor Setar: Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Wisma Darul Aman, di sini, 3 petang tadi bagi mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dipercayai berkaitan kemelut Menteri Besar.

Terdahulu Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim turut kelihatan tiba pada 2.55 petang.

Manakala Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah tiba pada2.55 petang untuk perjumpaan bersama ADUN pembangkang.

Difahamkan hanya 14 ADUN pembangkang daripada 15 keseluruhan yang hadir berikutan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah kini berada di luar negara.

Bagaimanapun pengamal media tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan dan kini menanti di luar mengikuti perkembangannya.

Semalam, 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional termasuk Mukhriz dipanggil mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman untuk menyatakan pendirian mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 3:30 PM