KUALA LUMPUR 29 JANUARY 2016. Pembinaan Sekolah Muslim Care.
Oleh Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Prihatin dengan nasib pelarian Syria terutamanya masa depan anak yang tidak bersekolah berikutan pergolakan di negara itu, Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dengan sumbangan rakyat Malaysia mewujudkan sekolah untuk golongan teraniaya itu di Rayhanli, Turki dan Idlib, Syria.

Exco Pendidikan, Tarbiah dan Dakwahnya, Ustaz Nazmi Abdul Karim berkata, buat masa ini sudah ada enam sekolah Muslim Care di Rayhanli manakala sebuah lagi di Idlib yang dibina menggunakan kontena diubah suai.

Beliau berkata, bermula Khamis ini hingga 10 Februari depan, rombongan Muslim Care seramai 19 orang termasuk wartawan Harian Metro akan ke Reyhanli, Idlib dan Ghutoh berhampiran Damsyik dalam misi kecemasan untuk menyalurkan bantuan bagi pelarian itu menghadapi musim sejuk sehingga berada di bawah sifar tidak lama lagi.

“Krisis kemanusiaan di Syria termasuk kawasan bersempadan Turki dijangka lebih buruk menjelang musim sejuk. Atas sifat perikemanusiaan, kami menyasarkan untuk mengumpul setengah juta ringgit untuk disalurkan kepada pelarian khususnya kelengkapan diri untuk musim sejuk, makanan dan ubat-ubatan.

“Sukarelawan yang mengikuti misi ini terdiri pelbagai latar belakang termasuk dua doktor pakar kanak-kanak, ahli korporat dan kakitangan swasta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2016 @ 5:25 AM