PENGARAH Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid (kiri) dan Mohammad Fuad di sidang media. FOTO Salhani Ibrahims
TRAFIK di plaza tol Skudai Lebuhraya Utara-Selatan. FOTO fail NSTP Mohd Azren Jamaludin‚Ä®
Asmah Rusman dan Nasuha Nazim
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Plus Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 30 peratus pada 4, 11 dan 15 Februari bagi pengguna Kelas 1 yang menggunakan sistem eletronik menerusi kad Plusmiles, Touch n Go atau SmartTAG.

Ketua Pegawai operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pemberian rebat itu sempena perayaan Tahun Baru Cina dan diberikan untuk perjalanan jarak jauh melebihi 100 kilometer di Lebuhraya Utara Selatan, Elite dan NKVE.

Katanya, PLUS sudah mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan pada hari puncak iaitu antara 5 hingg 14 Februari ini.

"Kami nasihatkan orang ramai yang menggunakan lebuhraya pada hari puncak mematuhi jadual perjalanan berkenaan bagi memastikan kelancaran aliran trafik," katanya.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi perkhidmatan Twitter PLUStrafik, aplikasi mudah alih PLUS dan talian PLUSLine 1800-88-0000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 2:02 PM