Watson kekal pemegang rekod 100 meter kebangsaan.
Oleh Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur : Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.30 saat kekal milik Watson Nyambek.

Keputusan itu dicapai selepas KOM mengadakan mesyuarat tergempar bersama ahli majlis KOM di Wisma Olimpik Malaysia (MOM) di sini, petang tadi.

Selepas meneliti empat laporan daripada Persatuan Olahraga Brunei (BAA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dan laporan daripada jawatankuasa teknikal KOM, Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim memutuskan untuk tidak mengiktiraf rekod yang dicatatkan oleh Badrul Hisyam Abdul Manap di Sukan Sekolah-Sekolah Asean di Brunei, November lalu.

Karim berkata, catatan Badrul itu tidak memenuhi spesifikasi IAAF menyebabkan KOM terpaksa menarik balik catatan rekod itu.

Pada 23 November lalu, Badrul membuat kejutan apabila melakarkan catatan 10.29s untuk memadamkan rekod lama 10.30s yang berusia 17 tahun milik Watson.

Bagaimanapun, BAA mengakui melakukan kesilapan apabila meletakkan alat pengukur angin di tempat yang salah mengakibatkan rekod itu dipertikaikan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 5:40 PM