Bersama Ahmad Salihin Abd Rahim.

skrudanspanar@gmail.com.

Saya adalah penunggang motosikal baru dan masih mentah berhubung penjagaan dan penyelenggaraan jentera itu. Motosikal digunakan adalah Yamaha EGO S bersesaran 115 cc. Saya ada dua soalan.

1. Apa yang dimaksudkan dengan minyak transmisi akhir dan jenama sesuai dengan pelincir itu?

2. Adakah motosikal saya sesuai menggunakan minyak 15W-50? Ini berikutan apa yang tercatat pada motosikal supaya memilih jenis SH SAE 20W-40/50.

ZAINI

Nilai, Negeri Sembilan

1. Minyak transmisi akhir digunakan untuk melincirkan kotak gear dan melindungi komponen daripada haus. Transmisi anda juga akan menjadi 'berat' jika menggunakan minyak pekat. Guna minyak yang dicadangkan pengeluar motosikal kerana ia lebih cair berbanding biasa.

2. Pemilihan minyak pelincir yang sesuai dengan motosikal anda adalah SH SAE 20W-40/50. Minyak dengan kelikatan 15W-50 akan memberi perlindungan diharapkan kerana julat spesifikasi kelikatannya adalah lebih daripada dicadangkan pengeluar iaitu 20W-50. Lazimnya minyak itu lebih mahal, namun prestasinya mampu menangani keperluan pelinciran yang meluas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:00 AM