Shafien ( dua kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek kes samun di bank pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini. FOTO Roslin Mat Tahir
Ayusliza Azizan
am@hmetro.com.my


Shah Alam: Kumpulan penjenayah yang menjadikan bank sebagai sasaran melakukan samun tumpas selepas dua lelaki warga asing ditahan di sebuah bank di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 22 Disember lalu.

Dua lelaki warga Indonesia berusia 35 dan 36 tahun itu menyasarkan mangsa yang baru mengeluarkan wang di bank.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, penahanan itu susulan kejadian suami isteri disamun selepas mengeluarkan wang koperasi berjumlah RM12,665 di bank di Seksyen 14, di sini pada 20 Disember lalu.

"Kedua-dua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 369 Kanun Keseksaan kerana menyamun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2016 @ 4:13 PM