AZMI (kanan) menunjukkan gambar jentera dan kayu yang dirampas. FOTO Syafiq Ambak
Isma Ismail
isma@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu merampas pelbagai jenis kayu dan jentera bernilai RM2 juta daripada sindiket penebangan kayu haram di Hutan Simpan Cherul, Kemaman, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Datuk Azmi Nordin berkata, pihaknya turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman berikutan tindakan wakil kontraktor cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika serbuan 11 pagi itu.

Menurutnya, serbuan terbabit dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan terhadap kegiatan terbabit sehari sebelum itu.

Katanya, pelbagai jenis kayu termasuk pokok meranti ditemui berselerakan di kawasan terbabit.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 81(2) Akta Perhutanan Negara 1984 untuk kompaun dan Seksyen 15(1) akta yang sama," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 2:26 PM