PERTAHANAN Toulouse William Matheus (dua kanan) mengekang pergerakan penyerang PSG Edinson Cavani ketika aksi Ligue 1, kelmarin.
AFP

Paris: Toulouse menyasarkan untuk menghalang impian Paris Saint-Germain memenangi tiga gelaran domestik buat kali kedua berturut-turut apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi dalam aksi Piala Perancis, hari ini.

PSG mengalahkan Toulouse 1-0 ketika mereka bertemu pada aksi Ligue 1, kelmarin hasil jaringan babak kedua Zlatan Ibrahimovic tetapi skuad kendalian Dominique Arribage itu tetap berbangga dengan persembahan yang dipamerkan ketika bertemu juara bertahan berkenaan.

“Skripnya tidak akan serupa lagi esok (hari ini),” kata Arribage.

“Terpulang kepada kami untuk mempersembahkan aksi yang bagaimana. Kami tetap ada peluang untuk menang kerana lawan sedar kami mampu mengekang dan mengatasi mereka.

“Kami perlu ke Parc des Princes dengan cita-cita. Kami sudah sedia untuk mempersembahkan sesuatu yang positif. Kami bukan ke sana untuk melepaskan lima gol tapi ia bukan mustahil.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 7:18 AM