PIL eramin 5 yang dirampas. FOTO Ramdzan Masiam
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Sepuluh kotak mengandungi pil eramin 5 bernilai RM7.9 juta dirampas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di dini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri Superintendan Guan Beng Kang berkata, serbuan dilakukan jam 11 pagi selepas polis menerima maklumat dan juga risikan.

Menurutnya, kotak terbabit dikirim dari luar negara dan diisytihar sebagai beg tangan.

"Siasatan mendapati pil terbabit untuk pasaran di negeri ini dan Lembah Klang.

"Setakat ini kita masih mengesan suspek untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 12:19 PM