SUSPEK kes pembuangan bayi perempuan yang baru dilahirkan di Kampung Logah direman bagi membantu siasatan. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my


Segamat: Remaja perempuan 17 tahun dan teman lelaki berusia 27 tahun direman tujuh hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan bayi perempuan yang baru dilahirkan di Kampung Logah, Segamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, kedua-dua suspek ditahan beberapa jam selepas penemuan bayi berkenaan pada jam 1 pagi semalam.

Katanya, remaja perempuan berkenaan kini masih dirawat di Hospital Daerah Segamat (HDS) dan akan dibawa ke lokap sebaik keadaannya pulih.

"Manakala teman lelakinya ditahan di rumahnya di Jementah dekat sini kira-kira 6 petang semalam," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran, katanya.

Berita berkaitan

Ditemui tertiarap atas rumput: http://bit.ly/1PhBC31

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:44 PM