PEKERJA kedai kereta mengira wang yang diserahkan oleh Cai.
Agensi

Zhanjiang (China): Seorang lelaki yang dikenali sebagai Cai mengejutkan penjual kereta di daerah di wilayah Guangdong ini apabila tiba dengan sebuah trak berisi wang tunai berjumlah 100,00 yuan (RM66,954).

Tujuannya ialah untuk membeli van yang berharga 90,000 yuan (RM60,260).

Pengurus jualan Gu Liyuan berkata: “Saya tidak pernah melihat begitu banyak wang kertas dalam hidup saya!”

Pekerja di kedai menjual kereta itu bertungkus lumus memindahkan lebih 12 kotak mengandungi wang kertas seberat 1,361 kilogram ke dalam kedai.

Di dalam kotak berkenaan berisi wang kertas yang dibungkus rapi dan diikat dengan tali, mengikut nilai mata wang, sebahagiannya not 1 yuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 6:59 AM