Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Boon Siew Honda melancarkan model baharu, Honda Wave Dash FI yang menawarkan lebih prestasi dan jimat minyak, hari ini.

Motosikal katageri moped itu dilengkapi teknologi PGM-FI untuk memberi pembakaran lebih cekap, tanpa menjejaskan prestasi pecutan.

Honda Wave Dash FI baharu hadir imej dipertingkatkan dengan lampu isyarat yang bergaya serta dilengkapi pemantul cahaya bahagian belakang.

Kapasiti tangki bahan api dipertingkatkan sehingga empat liter untuk memberi jarak tunggangan lebih jauh.

Honda Wave Dash FI didatangkan tiga varian S, R dan edisi Repsol yang dijual pada harga antara RM5,299 sehingga RM5,699.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 6:03 PM
HONDA Wave Dash FI baharu. FOTO Erywan Norshal