NAJIB mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Ekonomi. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) langsung tidak dibincangkan dalam proses pengubahsuaian Bajet 2016 yang dijangka pada 28 Januari ni.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau merasakan rakyat sudah tidak berupaya untuk menyerap sebarang kenaikan kadar GST buat masa ini.

"Kerajaan prihatin tentang peningkatan kos sara hidup yang dialami rakyat buat masa ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri tiga mesyuarat bersama kumpulan penganalisa ekonomi, sektor swasta dan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 5:19 PM