Jakarta: Menteri Keselamatan Indonesia, Luhut Panjaitan, berkata lima militan dan dua orang awam dengan seorang daripadanya rakyat Belanda, terbunuh dalam kejadian serangan bom di kafe Starbucks di bangunan Skyline di sini, hari ini.

“Lima pengganas mati. Orang awam yang mati ialah seorang rakyat Belanda dan seorang rakyat Indonesia,” katanya kepada media di tempat kejadian

AFP melaporkan, polis Indonesia mengesahkan kejadian serangan bom dan tembak menembak antara pasukan keselamatan dengan pengganas berhampiran pusat beli-belas Sarinah, Jalan Thamarin itu sudah berakhir sebentar tadi.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Muhammad Iqbal, berkata: “Kami percaya tiada lagi penyerang di kawasan ini, Polis sudah menguasai keadaan dan kawasan.”

Menurutnya, lima anggota polis, seorang rakyat asing dan empat rakyat Indonesia cedera dalam kejadian itu.

Polis tidak menyatakan bagaimana lima pengganas itu mati namun mengesahkan sudah menemui tiga mayat penyerang.

AP melaporkan, polis percaya dua daripada penyerang meletupkan diri mereka dalam serangan itu namun ia belum dapat disahkan.

Agensi berita itu melaporkan, seorang saksi berkata dia melihat lima penyerang dengan tiga daripadanya dipercayai menyebabkan letupan dalam Starbucks.

Saksi itu berkata, tiga penyerang memasuki Starbucks manakala dua lagi memasuki pos polis berhampiran.

Selepas letupan pertama, pertempuran antara penyerang dengan pasukan anti pengganas polis berlangsung selama kira-kira satu jam setengah dan dua jam kemudian, satu lagi letupan berlaku berhampiran Starbucks, 25 minit selepas polis memasuki kafe berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada ia letupan bom tangan atau bom kawalan jauh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 5:11 PM
Anggota pasukan anti pengganas polis Indonesia berkumpula di luar sebuah restoran dekat tempat kejadian serangan biom. - Foto REUTERS
epa05101009 Indonesian police officers evacuate an injured policeman after a bomb blast at a police station in front of a shopping mall in Jakarta, Indonesia, 14 January 2016. Explosions near a shopping centre in the Indonesian capital Jakarta killed at least three people on Thursday, television reports and witnesses said. Police exchanged fire with suspected attackers after the blasts at a traffic police post in front of the Sarinah shopping centre and a nearby Starbucks coffee shop, media reported. EPA/ALFIAN
epa05101032 Members of the Indonesian Dockter Police stand near dead victims after a bomb blast in front of a shopping mall in Jakarta, Indonesia, 14 January 2016. Explosions near a shopping centre in the Indonesian capital Jakarta killed at least three people on Thursday, television reports and witnesses said. Police exchanged fire with suspected attackers after the blasts at a traffic police post in front of the Sarinah shopping centre and a nearby Starbucks coffee shop, media reported. EPA/BAGUS INDAHONO ATTENTION EDITORS: GRAPHIC CONTENT