FOTO arkib NSTP Omar Osman
Oleh Mohd Hasbi Sidek
am@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Berikutan insiden letupan dan ancaman pengganas yang berlaku sejak akhir-akhir ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkat kawalan keselamatan di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM akan meningkatkan tahap keselamatan kawasan tumpuan orang ramai dan pelancong.

"Ekoran kejadian pengeboman yang berlaku di Jakarta, Indonesia, kami akan mengetatkan kawalan di pusat beli belah dan kawasan pelancongan.

“Tumpuan juga diberikan di kawasan sempadan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Letupan kuat kedengaran di tengah Jakarta tengahari tadi dan dipercayai enam bom diletupkan manakala seorang saksi memberitahu melihat tiga orang terbaring di jalan raya.

Berita berkaitan:

> Tiada rakyat kita mangsa serangan bom: http://hmtro.com/1PZsbbK

> Polis Indonesia bunuh empat militan: http://hmtro.com/1OjKYy0

> Enam letupan gegar Jakarta: http://hmtro.com/1l8nIIz

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 5:07 PM