KEADAAN motosikal ditunggang mangsa selepas kemalangan. FOTO ihsan Polis
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kuala Krai: Pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 65 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Sungai Durian, di sini, kira-kira 10.30 malam tadi.

Kejadian itu menyebabkan Mohamad Azlisyam Amir, 14, parah akibat digilis lori dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang cuba memintas lori di hadapannya yang dipandu lelaki berusia 23 tahun.

Bagaimanapun, katanya, motosikal itu hilang kawalan dan merempuh papan tanda AWAS di sebelah kiri jalan.

"Mangsa terjatuh dan digilis lori yang tidak sempat mengelak," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

FOTO ihsan Polis

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 2:18 PM