MAYAT mangsa dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. FOTO ihsan Polis
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


Putrajaya: Pekerja asing warga Pakistan ditemui mati di tapak pembinaan berdekatan Menara Prisma, Presint 3, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi berkata, mangsa ditemui orang ramai kira-kira 10 pagi sebelum melaporkan kepada pihaknya.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Ali Shafqa berusia lingkungan 40-an dan berasal dari Gujranwala, Pakistan.

Katanya, rakan sekerja turut memaklumkan, mangsa berada di hospital pada 10 Januari lalu untuk mengambil ubat gastrik.

Rosly berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 4:15 PM