ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan polis
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


Shah Alam: Lelaki ditahan pengawal keselamatan ketika cuba memecah masuk kondominium di Seksyen 7, Shah Alam, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, suspek berusia 35 tahun dikatakan memanjat tembok kawasan kondominium itu sebelum disedari pengawal keselamatan premis itu yang menahannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Shafien Mamat berkata, suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Polis kemudiannya dibawa ke rumah di Bandar Baru Klang dan merampas enam komputer riba, radio, telefon bimbit, peralatan pecah rumah, kasut serta pakaian dipercayai dicuri serta sebuah motosikal curi.

"Semua rampasan dianggarkan bernilai RM10,000 dan suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 457/447 Kanun Keseksaan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 3:53 PM