Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Jitra: Wanita berusia 37 tahun yang juga pengasuh pusat asuhan ditahan reman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu ini berhubung kes bayi lelaki berusia tiga bulan koma selepas mengalami pendarahan dalam kepala.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli sebaik suspek tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Jitra pada 9.20 pagi tadi.

Suspek ditahan di pusat asuhan di Taman Bunga Raya, di sini, 3 petang semalam.

Bayi itu, Alfateh Ashraf masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Berita berkaitan:

Doakan bayi ini: http://hmtro.com/1ULqorQ

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 2:28 PM
WANITA yang berkerja sebagai pengasuh pusat asuhan dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra. FOTO Amran Hamid