CHANDRAN

Kuala Lumpur: Malindo Air menjadi syarikat penerbangan tunggal menawarkan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Lahore, ibu negeri wilayah Punjab di Pakistan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya komited meluaskan capaian laluannya ke Lahore dan menjadi satu-satunya syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan terus itu.

Beliau berkata, laluan berkenaan paling jauh dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat Boeing 737-900ER.

“Rakyat Malaysia dan pelawat transit dari Singapura kini boleh mengharapkan penerbangan lancar ke Lahore melalui Kuala Lumpur sama ada untuk perniagaan, percutian atau tujuan agama.

“Lahore adalah pusat agama yang penting kerana ia menjadi rumah kepada beratus-ratus kuil, masjid, gereja dan tempat suci,” katanya.

Malindo Air akan membuat empat kali penerbangan seminggu yang bermula dari 3 Mac depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 6:42 AM