Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. FOTO ihsan bomba
Oleh Norasikin Daineh
norasikin_daineh@hmetro.com.my


Lahad Datu: Tingkat dua kedai tiga tingkat hampir musnah dalam kebakaran di Jalan Cempaka, dekat sini, 5 petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.17 petang dan sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada 5.22 petang dan mendapati kebakaran membabitkan tingkat dua kedai tiga tingkat yang dijadikan sebagai tempat kediaman.

"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan untuk mengawal api daripada merebak ke tempat lain," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurut Mohd Affendy, api dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada 6.20 petang tadi.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 12:32 AM