LAPANGAN Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. FOTO arkib NSTP
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Bayan Lepas: Wanita warga Indonesia ditahan polis selepas mengeluarkan perkataan bom ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, wanita berusia 32 tahun terbabit mahu menaiki pesawat ke Jakarta.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, ketika kejadian suspek diminta polis bantuan mengangkat begnya ke dalam mesin pengimbas.

"Bagaimanapun, suspek tiba-tiba mengeluarkan perkataan ‘bom’ sebanyak tiga kali kepada polis bantuan terbabit.

"Wanita terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 4:34 PM