Oleh Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@hemetro.com.my


Kuala Terengganu: Budak perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat denggi di Terengganu tahun ini.

Nur Amera Natasha Sharudin, murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam di sini, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4 pagi tadi.

Difahamkan, arwah dimasukkan ke ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang kelmarin selepas demam sejak Selasa.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Terengganu Shafruddin Ali Hussin yang melawat keluarga mangsa, tengah hari tadi, berkata, kes berkenaan yang pertama membabitkan murid dan pelajar di negeri ini tahun ini.

“Tahun lalu terdapat 225 kes denggi membabitkan murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah di negeri ini tetapi tiada kematian dicatatkan. Tahun ini kita berdukacita kerana kes pertama ini berlaku kematian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 3:48 PM