TIMBALAN Menteri MOA, Nogeh Gumbek (kiri) memegang nanas MD2 di Wisma Nanas, LPNM. FOTO Mohamad Hussin
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merancang untuk memperluaskan kira-kira 8,500 hektar tanaman nanas jenis MD2 di seluruh negara bagi menampung keperluaran pasaran buah segar termasuk negara China.

Timbalan Menterinya, Nogeh Gumbek berkata, langkah memperluaskan tanaman nanas terbabit dilaksanakan menerusi pelan perancangan lima tahun bagi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) membabitkan peruntukkan pembangunan industri bernilai RM102.6 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, fokus kini diberikan kepada pembangunan industri itu di Sarawak membabitkan peruntukkan berjumlah RM25 juta di tanah seluas 3,500 hektar.

"Antara lokasi tumpuan bagi tanaman nanas MD2 membabitkan kawasan dari Kuching ke Miri.

"Bagaimana usaha kini sedang dilakukan untuk mendapatkan benih yang terhad termasuk mengimport dari negara pengeluar iaitu Filipina," katanya pada sidang media di Wisma Nanas, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di sini, hari ini.

Ia sempena majlis taklimat pembangunan industri nanas sempena Lawatan Kerja Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Negeri Johor.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 3:18 PM