Pada saat anggota kumpulan KARA seperti Gyuri, Goo Hara dan Seungyeon memikir sama ada untuk kekal bersama atau keluar daripada DSP Media, banyak khabar angin mula mengatakan Heo Youngji akan bergerak solo.

Disebabkan isu itu, DSP Media tampil memberi penjelasan.

Melalui laporan media OSEN, DSP Media berkata, khabar angin Youngji memulakan projek solo adalah tidak benar.

“Kami sedang merancang semua kemungkinan dan menguruskan Youngji ke arah yang betul, tapi kami masih belum memulakannya.

“Apa yang kami prihatin sekarang ialah KARA dan bukan masanya untuk memikirkan aktiviti individu Youngji seorang sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, tiga anggota KARA lain masih mempertimbangkan rangka masa depan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 5:03 AM