ASAP tebal menyelubungi ketika Rumah Panjang Kajang Singeh terbakar.
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Marudi: Lima puluh penghuni Rumah Panjang Kajang Singeh, Long Teru, Tinjar, Baram, di sini, membabitkan 10 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman 10 pintu musnah dalam kebakaran, pada jam 4 petang kelmarin.

Usaha dilakukan bagi menyelamatkan barangan berharga dan memadamkan kebakaran oleh penghuni, namun gagal kerana api marak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran daripada penduduk yang menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Miri.

“Bagaimanapun, kami mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk ke lokasi kejadian berikutan kedudukan rumah panjang di pedalaman.

“Sebaik tiba, kami dapati rumah panjang berstruktur kayu itu sudah terbakar 100 peratus. Berdasarkan keterangan penduduk, mereka cuba memadamkan api, namun ia merebak pantas.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 5:18 AM