Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran bahagian hadapan lori kontena berhampiran Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya KESAS, petang tadi.
Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my


Shah Alam: Pemandu lori kontena berusia 37 tahun berdepan detik mencemaskan apabila bahagian hadapan kenderaan yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar berhampiran Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya KESAS, petang tadi.

Dalam kejadian 4.22 petang itu, mangsa dikenali sebagai Aziz Awang sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api mulai marak.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba Shah Alam ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian itu.

"Kebakaran hanya membabitkan bahagian hadapan lori yang musnah 100 peratus.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 10:21 PM