JALAN pantai ke Batu Rakit yang terletak di belakang UMT turut rosak teruk dan tidak dapat dilalui. FOTO ihsan pembaca Harian Metro
HUJAN lebat menyebabkan kawasan UMT dinaiki air sehingga Naib Canselor UMT terpaksa mengumumkan cuti darurat. FOTO ihsan pembaca

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Hampir 10,000 warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diberikan cuti darurat selepas kawasan universiti berkenaan dinaiki air lebih 0.4 meter berikutan hujan lebat awal pagi ini.

Cuti darurat itu diumumkan Seramai Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo kira-kira jam 8.21 pagi tadi selepas air di pintu masuk UMT hampir setengah meter dalam.

"Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir di kawasan rendah seperti di pintu masuk UMT dan beberapa bahagian sepanjang jalan.

"Kita tidak dapat memasuki kampus dan saya mencadangkan kita 'cuti peristiwa' pada pagi ini hingga diberitahu kelak,” katanya.

Beliau juga menasihati 8,383 pelajar dan 1,500 kakitangan UMT supaya duduk di rumah (jika masih selamat), menguruskan keselamatan keluarga dan harta benda dengan sebaik mungkin selain menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.," katanya.

Selain air naik di kawasan universiti, jalan pantai menuju Batu Rakit yang terletak di belakang UMT turut terjejas teruk apabila laluan itu terputus akibat hakisan.

Semalam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengisytiharkan cuti bencana semalam dan hari ini, berikutan pusat pengajian tinggi itu dilanda banjir.

Perkara itu dimaklumkan Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 10:24 AM