Oleh Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my


Georgetown: Pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak menyelamatkan lelaki berusia 50-an di Kilometer (KM) 4.5 Jambatan Pulau Pinang dalam satu kejadian cubaan bunuh diri, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, bomba menerima panggilan daripada pengadu pada 11.36 malam dan tiba di lokasi kejadian pada 11.40 malam.

Setiba di lokasi kejadian, pihak bomba terus cuba memujuk dan bersembang dengan lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan tertekan.

Bomba mengambil masa hampir dua jam bagi memujuk mangsa untuk tidak meneruskan niatnya untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang.

Operasi menyelamat mangsa berkenaan tamat pada 1.32 pagi selepas mangsa berjaya dipujuk dan ditenangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 11:41 AM
ANGGOTA Bomba Dan Penyelamat memujuk lelaki yang cubaan membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal