Oleh Na'imah Mohamed
am@hmetro.com.my


Shah Alam: Enam lelaki melarikan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak di Seksyen U16, Denai Alam, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, kumpulan terbabit menggunakan lori tiga tan untuk menarik mesin ATM berkenaan dalam masa 15 minit sebelum melarikan diri.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, terdapat dua pekerja warga Bangladesh sedang bertugas.

Bagaimanapun katanya, kedua-duanya tidak berani melawan berikutan jumlah suspek yang ramai.

"Nilai kerugian masih dalam siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 3:41 PM
KEADAAN mesin ATM yang rosak selepas rompakan. FOTO Shazreen Zamzuri