SAMSUNG Gear S2.
ACER Aspire R14.
DELL Alienware X51.
AIRWHEEL.
NIKON S33.
JOI.
SAMSUNG Gear VR.
ZENPOWER.
APPLE Watch.
MIRCOSOFT Surface Book.
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

* Samsung melancarkan jam pintar terbaru, Gear S2 dengan versi biasa dan klasik pada harga RM1,399 serta RM1,599 bermula 27 November ini.

S2 memiliki skrin bersaiz 1.2 inci dengan beroperasi pada OS Tizen yang turut menggunakan pemprosesan Exynos 3250 dual core 1GHz bersama RAM 512MB.

* Razer hadir pada 2015 dengan memperkenalkan konsol TV, Razer Forge TV yang menggunakan sistem operasi Android menukar televisyen biasa kepada mesin permainan.

Ia mempunyai pemprosesan quad - Core dengan storan dalaman 16GB yang memudahkan anda memainkan mana-mana ‘game’ dipindah turun daripada Google Play.

* Android Wear pertama datang dari LG Urbane Watch yang menggunakan paparan OLED bersaiz 1.3 inci rekaan bulat penuh.

Ia mempunyai bezel yang lebih nipis berbanding G Watch R dan lebih menarik lulus pensijilan IP67 yang mengiktirafnya sebagai peranti kalis debu dan air.

* Gaya kompak menyaksikan Dell Alienware X51 yang memaparkan standard HD 1080p di samping pengalaman bermain mengagumkan bagi kebanyakan judul permainan masa kini.

Ia memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk meletakkannya pada ruang yang terhad atau menukar lokasi bermain sama ada di ruang tamu atau bilik dengan harga bermula RM3,788

* Laptop hibrid mewarnai 2015 terutama apabila Acer memperkenalkan laptop dengan rekaan 360 darjah melalui Aspire R14 yang boleh diubah dan transformasi laptop menjadi paparan berdiri, bentuk khemah, tablet dan laptop itu sendiri.

Ia mempunyai skrin 14 inci HD beresolusi 1366 x 768 yang menyokong pemprosesan minimum Intel Core i5 dan RAM 8GB kemudian dijual pada harga RM2,499.

* Trend roda digital merancakkan tahun ini apabila pengedar tempatan sibuk menjual produk baru seperti Airwheel yang dikatakan penyelesaian kepada kesesakan jalan raya dengan kelajuan 18kms menggunakan kuasa bateri 130Wh.

Berikutan model terbabit digerakkan melalui kuasa elektrik yang menjimatkan tenaga untuk mengayuh, ia sesuai digunakan pelajar atau pekerja untuk perjalanan jarak dekat yang lebih mudah dan lancar.

* Pebble Time Steel antara jam pintar baru yang tampil dengan peningkatan bahan pembuatan luaran lebih baik berbanding model Pebble Time sebelum ini.

Pebble Time Steel menggunakan kerangka besi tahan karat dengan kemasan CNC 316L dan akan didatangkan dengan dua jenis tali jam tangan, kulit premium dan aluminium tahan karat serta bateri mampu tahan 10 hari dengan sekali cas.

* Xiaomi membuat kejutan apabila mempamerkan gajet terbaru, kamera aksi dinamakan Yi yang dijangka dijual pada harga serendah RM229.

Kamera aksi Xiaomi ini dilengkapi sensor Sony Exmor R BSI CMOS dengan 16MP jauh lebih baik daripada mana-mana kamera biasa dalam harga yang sama berupaya merakam video HD penuh 1080p dengan 60fps.

* Nikon menampilkan kamera digital kalis air model S33 mempunyai ciri kalis air sehingga 10 meter, tahan gegaran (1.5 meter) dan kalis kotor serta sejuk dengan susunan butang besar mudah dioperasikan seisi keluarga.

Ia mempunyai fungsi yang digelar ‘Underwater Face Framing’ berfungsi di dalam air sebagai pengesan wajah dan merakam pantas dijual pada harga RM458.

* Bagi memudahkan individu yang gemar melancong dan mahu merakam imej tertentu dari jauh dengan kekuatan lensa yang terperinci, Canon menghasilkan PowerShot G3 X untuk merealisasikan impian terbabit dengan mudah.

Kamera terbaru itu mempunyai pengesan imej 1.0 inci CMOS sekali gus menghasilkan imej super pada persekitaran kurang cahaya dengan lensa zum optikal 25 kali pada 25-600mm.

* SNS Network memperkenalkan tablet JOI sebelum ini yang dikuasakan CPU Intel Atom pada tahun lalu dengan harga hanya RM499 sahaja.

Versi kedua, JOI 7 adalah tablet Windows 8 yang hampir sama dengan JOI 8, tetapi ia datang dengan skrin lebih kecil, sebesar 7-inci dikuasakan CPU Intel Atom dan mempunyai setoran dalaman 16GB bersama harga jauh lebih murah iaitu RM299 saja.

* Samsung Gear VR yang dikuasakan oleh teknologi daripada Oculus selaku pembuat peranti realiti maya mungkin menjadi trend menarik sepanjang tahun ini.

Gear VR menggunakan paparan Super Amoled Quad HD 5.7 inci pada Galaxy Note 4. Dengan Gear VR, pengguna boleh menikmati video aksi maya pada sudut 360 darjah secara 3D serta menikmati permainan PC dalam dunia yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

* Logitech memperkenalkan papan kekunci game ‘power’ G310 Atlas Dawn yang membawakan penukar mekanikal Romer-G eksklusif sekali gus menawarkan ketepatan 25 peratus lebih pantas berbanding penukar mekanikal lain.

Ia membolehkan pemain yang mementingkan milisaat dalam permainan mereka memperoleh kelajuan sebenar terutama genre aksi. Ia juga mempunyai pencahayaan belakang yang memudahkan penglihatan kepada pemain.

* Tanpa ‘powerbank’, apalah gunanya telefon pintar anda yang kerap kehabisan bateri untuk aktiviti mudah alih biasa setiap hari. Untunglah, ASUS dijangka menawarkan powerbank yang dinamakan ZenPower pada harga semurah RM69 saja.

Saiznya agak kecil, hanya sebesar kad kredit serta mempunyai tahap keringanan 215 gram saja pada kapasiti 9600mAh yang sedikit berbeza berbanding pelancaran satu lagi powerbank di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

* Bagi peminat Apple, syarikat terbabit sudah bersedia menjual tablet terbaru iaitu iPad Pro yang mempunyai tahap kenipisan 6.9mm dengan resolusi skrin 2,732 x 2,048 piksel cukup besar untuk selesa melihat dua aplikasi sebelah-menyebelah.

Tablet ini seakan-akan laptop kerana saiz yang besar dengan set cip A9x yang kononnya akan melaksanakan 1.9 kali lebih pantas berbanding musuhnya di samping prestasi grafik 80 peratus lebih pantas berbanding PC mudah alih.

* Idea di sebalik pemacu SanDisk iXpand Flash untuk iPhone 6 ini memang mudah. Pada asasnya ia hanyalah pemacu USB yang dilengkapi penyambung jenis lightning amat ditagih pengguna iPhone yang kerap kehilangan storan berpatutan sepadan dengan penggunaan.

Ia membolehkan pengguna memasangnya ke komputer menggunakan penyambung USB standard, memindahkan data, lampirkannya ke iPad saya dan memindahkan lagi data.

* WD mempunyai setoran luar My Book Pro yang dilengkapi dua sambungan USB3.0 di bahagian depan bersama satu mikroUSB 3.0 dan dua sambungan Thunderbolt 2 berkelajuan 20GB/s di belakang yang memudahkan urusan pemindahan data.

Berdasarkan kapasiti 6TB, 8TB, 10TB dan 12TB, ia memberi kelegaan kepada pengguna yang mahu menyimpan data besar seperti video dan foto ditambah kelajuan pemindahan data menjangkau 435MB/s.

* Apple Watch mempunyai reka bentuk butang berputar ‘Digital Crown’, pengesan denyutan nadi, pengecas magnetik dan banyak lagi.

Terdapat tiga jenis Apple Watch yang akan dijual kelak dengan saiz badan berbeza iaitu 38mm dan 42mm.

* Microsoft tampil mengejutkan pengguna dengan laptop pertama mereka, Surface Book yang datang dengan skrin 13.5 inci PixelSense dilengkapi pemprosesan terbaru Intel Gen-6 melalui Core i5 atau Core i7.

Sudah pasti sedia dengan Windows 10, ia mempunyai jangka hayat bateri sehingga 12 jam selain kadar storan sehingga 512GB malah papan kekuncinya boleh dicabut memungkinkannya beroperasi seperti tablet juga.

Lenovo Vibe Shot dengan kamera luar biasa berjaya ditampilkan untuk pengalaman kamera pada telefon dengan saiz 5 inci pada paparan 1080p yang disediakan pada Gorilla Glass pada bahagian depan dan belakang.

Dalamnya disediakan dengan set cip 64-bit Snadragon 615 yang mempunyai RAM 3GB dengan storan 32GB di samping bateri 2900mAh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 11:41 AM