SAMSUNG Galaxy Note 5.
ZENFONE 2.
SAMSUNG Galaxy S6.
ONEPLUS 2.
OPPO R7+.
HUAWEI Honor 7.
SONY Xperia Z3+.
ZENFONE Selfie.
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


1. Di Malaysia, Note menjadi pilihan pengguna. Tidak hairan Samsung Galaxy Note 5 terus mengungguli telefon pintar tahun 2015 dengan rekaan lebih nipis dan lebih kecil berbanding Note 4.

Ia jelas dapat dilihat pada bahagian belakangnya yang mempunyai lengkungan di kiri dan kanan.

Samsung juga mengubah angin dengan memperlihatkan rekaan gelas pada bahagian belakang berbanding kulit seperti Note 4 di samping perubahan S Pen seakan-akan sedang memegang ‘ballpen’ biasa.

2. ASUS antara yang banyak melancarkan produk tidak terkecuali melalui Zenfone 2 yang juga telefon pertama dengan RAM sebanyak 4GB di samping rekaan menawan dengan skrin IPS HD penuh 5.5 inci yang mempunyai keupayaan kamera PixelMaster 13MP.

Lebih hebat lagi, ia dikuasakan CPU Intel Atom 64 bit berkelajuan 2.3GHz dan dipadankan dengan RAM sebanyak 4GB.

3. Ramai tertawan dengan warna yang digunakan Samsung Galaxy S6 yang dilengkapi skrin Super AMOLED 5.1 inci dengan resolusi QuadHD 2560 x 1440 piksel.

Samsung menambah baik ciri kamera dilengkapi pengesan fokus, apertur f1.9 buat penggemar kesan bokeh serta beberapa ciri baru mod yang tersedia di dalamnya.

4. Secara rasmi OnePlus 2 dilancarkan dengan menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 810 yang turut dilengkapkan dengan RAM 4GB.

Ia dilengkapi pengimbas cap jari dan mempunyai port USB jenis C yang pertama kali diperkenalkan pada telefon pintar.

5. Oppo R7+ tersedia bagi warna emas dengan skrin 6.0 inci beresolusi HD penuh 1920 x 1080 piksel dan memperoleh lebih storan pada 32GB.

Ia menempatkan kapasiti bateri lebih besar, 4100mAh selain tahap kenipisan 7.75mm dilengkapi pengimbas cap jari yang ditempatkan di bahagian belakang manakala kameranya juga sedikit baik dengan penggunaan sensor RGBW, fokus auto laser dan dwi-LED Flash.

6. Huawei melancarkan telefon pintar Honor 7 yang mempunyai skrin sebesar 5.2 inci diperbuat daripada aluminium pada keseluruhan kerangkanya.

Honor 7 mempunyai tahap kenipisan 8.5mm dengan berat 157 gram yang dikuasakan pemprosesan Kirin 935 64 bit quad core berkelajuan 2.2GHz dan satu lagi pemprosesan quad core 1.5GHz dipadankan dengan RAM sebanyak 3GB.

7. Telefon pintar Sony Xperia Z3+ ternyata peranti yang langsung tidak membosankan terutama dengan kamera lengkap 1/2.3” ternyata berupaya menawarkan hasil rakaman mengagumkan ketika diuji IT@Metro.

Rekaan Z3+sekali imbas tidak ubah seperti model sebelumnya, Z2 tetapi jika diteliti ia nyata diberi sentuhan lebih baik.

8. Zenfone Selfie yang dipadatkan dengan RAM 3GB yang turut menggunakan kuasa pemproses Qualcomm Snapdragon 615.

Kamera depan dan belakangnya menggunakan resolusi 13MP yang mampu merakam foto pada format HDR menjadikan foto anda mengagumkan walaupun pada kamera depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 11:30 AM