Ciudad Juarez: Seorang lelaki mabuk yang menembak kepala rakan baiknya sebelum memotong kemaluan mangsa dan memberikan anjingnya memakan zakar itu berasa begitu bersalah hingga dia menyerah diri kepada polis.

Mario Alberto Lizalde Reyes, 25 berkata semalam, dia berjalan dengan anjingnya bersama-sama rakannya, Mario Hernandez Banda, 24, apabila mereka mula bertengkar.

Reyes mendakwa Banda cuba menyentuhnya ‘secara seksual’ di kejiranan Parajes de San Isidro di Ciudad Juarez, bandar di Chihuahua, utara Mexico.

“Kami mabuk ketika itu dan dia cuba menyentuh saya secara seksual,” kata Reyes.

“Selepas menepis tindakannya, dia pergi membuang air di satu lorong. Saya mengekorinya, mengeluarkan pistol dan menembak kepalanya.

“Kemudian saya mengeluarkan pisau dan memotong kemaluannya sebagai cara menghukumnya. Saya masukkan kemaluannya ke dalam beg.

“Tetapi anjing saya cuba mencium kemaluan itu. Saya berikannya untuk dia makan,” kata Reyes.

Reyes membiarkan mayat itu dan pulang ke rumah untuk tidur.

Bagaimanapun, keesokannya dia berasa begitu bersalah dan mengambil keputusan menyerah diri.

Reyes kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:11 AM