PBAS ekspres remuk selepas merempuh belakang lori PROPEL. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my


Juru: Pemandu bas ekspres dan lima penumpang cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang lori di Kilometer 149.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) berhampiran Juru, Bukit Mertajam, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, tiga penumpang lain tidak cedera.

Ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Nibong Tebal ke arah Juru.

Kemalangan berlaku selepas pemandu bas berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar lori PROPEL yang berhenti di sebelah kiri lebuh raya.

Semua mangsa dan pemandu bas yang cedera ringan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 6:14 PM